Kawan-Kawan Kita.....

InGinKaN SeSuAtU Yg IsTiMeWa...Klik Disini

24 October 2012

KEK PELANGI DALAM BALANG

Assalammualaikum semua !!!!!

siapa kat sini suka makan kek? angkat tangan cepat2!! waahhh ramai rupanya pemakan kek..."cake in jar" ataupun "kek dalam balang" yg kini dah popular kat malaysiakan. Sebenarnya dah lama teringin nak mkn...tp tak dpt2 juga...last2 cari punya cari dpt juga resepinya...jadi.............lepas maghrib semalam gigih le mummy & adik ipar mummy membuatnya sampai le pukul 12 lbh br selesai semuanya...resepi ni mummy cuba kaedah bakar terus dlm jar, ada juga yg bakar kek dlm loyang kemudian br dimasukkan dlm balang...alhamdulillah walaupun pertama kali mencuba hasilnya tidak mengecewakan...apa lg tunggu...jom tengok hasilnya...

 mummy gabungkan je semua gambar2 ni...pasalnya ambil guna HP je, yg pasti ini yg pertama & mungkin bukannya yg terakhir...

Bahan2


200 gm butter

330 gm gula castor

5 biji putih telur A

2 sdk esen vanilla

400 gm tepung gandum*

4 sdk baking powder* - *satukan dan ayak

290 gm susu segar

1 sdk pewarna ungu

1 sdk pewarna biru

1 sdk pewarna hijau

1 sdk pewarna kuning

1 sdk pewarna oren

1 sdk pewarna merah

cara2nya

1. Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang.


2. Tuang putih telur dan esen vanilla, kemudian pukul lagi sehingga adunan sebati.

3. Masukkan adunan tepung bergilir2 dengan susu segar, gaul sebati dengan menggunakan spatula, jika nampak berketul2, gunakan mixer dengan kelajuan paling perlahan selama beberapa saat.

4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian, setiap bahagian lebih kurang dalam 210 gram dan tambahkan setiap bahagian dengan setiap pewarna, boleh tambah perasa jika suka, masukkan dalam 'piping bag' dan gunting hujung 'piping bag' supaya menjadi lubang kecil.

5. 'Pipe' nipis adunan warna ungu dalam balang bersaiz 2.5 inci lebar x 3 inci tinggi, diikuti dengan warna biru, hijau, kuning, oren dan merah. Jangan 'pipe' tebal sangat nanti kek akan mengembang.

6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terdahulu secara 'waterbath' dengan suhu 170C selama 35 minit atau sehingga masak, pastikan air dalam loyang adalah air panas.


7. Sejukkan kek, baru 'pipe'kan dengan adunan cheese (resepi dibawah) di atas kek dan hias ikut kreativiti masing2.

8. Ikatkan riben bersama sudu, sejukkan dan siap dihidangkan atau untuk dijual.


9. Adunan ini mendapat 13 balang.

Bahan2 cheese..

250 gm cream cheese

50 gm butter

100 gm gula aising - ayakkan

Cara2nya..

1. Dalam mixer, sebatikan cream cheese dan butter.

2. Tambahkan gula aising dan pukul lagi sehingga adunan rata. Siap untuk digunakan.

~SeLaMaT MeNcUba~


 


2 comments:

chenta dan cermin hati said...

kak, baru pasan akak ade blog. kite follow :)
share resepi ye..

ierahakim said...

dah lama dah nisa, tapi tak diwar2kan sangat...utk rakan2 terdekat saje...silakan, tak luak pun kalau kita berkongsi dgn org lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...