Kawan-Kawan Kita.....

InGinKaN SeSuAtU Yg IsTiMeWa...Klik Disini

11 February 2015

Ujian Buat Kita Lebih TABAH

Memang benar dan itu hakikatnya. Walau diri dilanda masalah, tapi bila masalah itu selesai sedikit demi sedikit mahupun mengambil masa, ia membuatkan diri lebih tabah. Lebih mengenali apa itu sabar, apa itu kekuatan, apa itu semangat.


Minggu lalu memang banyak yang menguji akak. Ada yang buat akak buntu, ada yang buat akak lebih cekal. ALLAH sayang sebab itu ALLAH uji. Cabaran kehidupan.


Kadang orang lain boleh kata, SABAR.
Kadang kita rasa, orang itu tidak merasai jadi tidak mengetahui.
Apa pun memang benar kata mereka.


Sabar buat kita tabah. Sabar buat kita cekal dan sabar buat kita kuat walau kadang rasa "jatuh". Penyelesaian yang terbaik adalah cara yang perlu kita cari.


Apa pun jenis ujian yang kita hadapi, moga kita dapat selesaikan dengan sebaiknya biarpun ia mengambil masa.



Redha itu. Terletak pd hati. Bergantung pd keyakinan dan pada janji2 ALLAH.


Redha itu bila kita ikhlas. Ikhlas menerima, berlapang dada. Sangka baik dgn ALLAH. Itu sebenarnya yg org duk kata move on.


Bukan maksudnya terus melupakan, tapi bila mula faham dengan setiap yang berlaku tu tak kan terjadi dengan sia-sia.


Mungkin kita terlalu leka dengan dunia. ALLAH sedang "tegur" kita.




 

07 January 2015

1st Day CIK LAWA kat Al-Huda

Assalammualaikum...ada ko...ingat lupa password blogspot dah, hihihihi
 
eh...rasa utk thn ni dah ada le up 2 N3, lps ni kita cuba mencr kerajinan utk setiap bln mesti ada, dengar tu MESTI ADA! cetttttttt!
 
Dah....jom layan citer
 
Huwaaaaaaaaaaaaaaa!!!! sedih2, ye lah anak dara akak dah besar weeiiiiiiiii...isnin hr tu 1st day CIK LAWA kita kat tadika, ikutkan bln 5 ni br masuk 4 thn tp dia duk asyik berzikir je nak gi school...nak gi school jd akak decide daftar 1/2 day dulu & sblh tgh balik rumah pengasuh. Allah....sape sangka kecibung mata bulat PP labuh mama dah masuk tadika.huhuhuhu


Bila kami dah decide nak hantar CIK LAWA gi tadika, awal bln 11 terus gi daftar, survey2 juga yg lain tp permulaan ni kita cuba letakkan CIK LAWA kat Al-huda dulu, lg pun dekat dgn rumah pengasuh in case anything happen  mama zu blh  tengok2kan dulu. Sejak tu mama apa lg...mulut pot pet...pot pet le kat dia, adik jgn nangis tau, gi toilet bg tahu teacher cpt2, lps mkn basuh tgn dgn air perlahan je, mcm2 le...biasa le kan being mak2 ni, ke mama CIK LAWA sorang je mcm ni.

Ni 1st day...alhamdulillah tak de masalah nak kejut, suruh mandi semuanya berjln dgn baik.


Yg ni, haruslahkan....


x ambil cuti pun...semua dah selesai...hantar sampai pagar je


Huishhhhhhhhhhh bersemangat...lps maghrib terus ke meja study


2nd Day....saya ok je


Tinggal beberapa jam lg nak masuk hr ke-3 "DEMAM SCHOOL" anak mama

Cpt sembuh ye dik...


Hari ke-3 TEWAS!

Back rumah pengasuh

 
Apa2 pun...all the best & gud luck  CIK LAWA... doa dr kami semua mengiringimu... moga menjadi insan yang cemerlang dunia & akhirat...amin...in sya Allah.
 


02 January 2015

MISI BERJAYA

Assalammualaikum

Yuhuuuuuuu....semangat OK, awal2 thn dah up N3, sblm akak terlupa banyak perjalanan cerita, sblm diperam jd tapai baik up tengah otak fresh kalau dah jd tepu jgn harap le.

Alah tak dan juga nak up N3 di tarikh 01.01.15

Nak life update smlm...line kat sana x berapa nan ado jd redho le ye

Alhamdulillah...misi bantuan banjir  di DAERAH PERAK TENGAH dr kami

#RUSTY FACTORY
#IPOH STREET CUB
#PICKUP OWNER CLUB

serta dibantu

#ABG DIN KAMPUNG GAJAH
#BOMBA DAN PENYELAMAT

Amanah warga2 ipoh yg turut serta menyumbang telah kami sampaikan dengan sempurna.

Terima Kasih
Terima Kasih
Terima Kasih Semua!

Bila kaki terpijak dibumi KAMPUNG GAJAH
Bila melihat dgn mata hati

Allahuakhbar!

Tiada kata yg blh diungkapkan...hanya titipan doa sahaja yg mengiringin misi kami.

Usahkan anak2 kecil, org dewasa pun turut sama jika melihat deretan 4X4 dan bot2 Bomba & Penyelamat memasuki penempatan, perkampungan yg berada di pedalaman serta khemah2 kecil yg berada di tepi jln panjang tengkuk mereka semua melihat...disudut hati mungkin terselit rasa kesyukuran buat mereka kerana masih ada lg bantuan yg mereka blh terima.
 
Bagi kami semua bukan nama yang kami cari
Kami bukan nak org kenal
jauh sekali
Kami bukan nak pengitirafan
 
tetapi atas dasar TANGGUNGJAWAB KEMANUSIAN
 
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
 
Misi kami bermula disini
 
1st Pit stop
PENEMPATAN DI
PUSAT LATIHAN UiTM KAMPUNG GAJAH
 
 



Disini x banyak kami dpt turunkan sumbangan kerana kami dimaklumkan oleh petugas disitu bahawa brg2 keperluan mereka masih mencukupi, cuma yg mereka perlu... buat masa ini adalah :-

1) Sabun Basuh Pinggan / Kain
2) Pinggan Cawan Pakai Buang
3) Telur
4 ) Tisu



2nd Pit stop
RUMAH ABG DIN KAMPUNG GAJAH

Misi kami dipermudahkan kerana salah seorang sahabat sukarelawan kami adik JIJADOL *tersenyum akak dik oiiiii sambil taip nama ko ni bapa saudaranya adalah org tempatan disana, jd lbh mudah bagi gerak kerja kami di sana.









Slps proses loading dirumah ABG DIN kami... *tp tak masuk akak ye, pasal ada perlepasan utk jaga CIK LAWA tido, ko benda2 nak elak ni cekap sungguh ye mummy, tak pe akak ada wakil ok! my hubby & adik lelaki semua mengagih agihkan barang keperluan mengikut mengikut jantina supaya semua dapat sama rata sama adil.

Selesai semua...lbh kurang jam 12 tgh misi kami utk edarkan ke kwsn pedalaman yg mungkin ada terputus bekalan bermula dgn bantuan pihak Bomba & Penyelamat dengan menaiki bot pihak Bomba. Keadaan air yg dalam & deras menyukarkan kami semua utk kesana.

Alhamdulillah...akhirnya sampai ke tangan penerima







Bagi diri akak & suami 1 permulaan yg baik bg kami ber2 di awal 01.01.2015.

Amanah warga2 ipoh yg memberi sumbangan telah kami serahkan dgn sebaik mungkin, utk semua sahabat2 yg terlibat dlm misi ini...mohon maaf banyak2 ye kalau ada kekurangan dr akak..."ai kan ada bag tgn kecil yg nak dikendong"

anyway...

SYABAS utk kita semua.

* Jika rentetan kisah ini ada kekurangan dimn2, harap2 jgn ada yg terkilan ye semua sahabat "ai kan ada bag tgn kecil yg nak dikendong" hehehe

 

 
 
 
 

31 December 2014

Good Bye 2014 & MISI SUMBANGAN BANJIR

Assalammualaikum...
 
Timbul balik ko ye...hahahaha
 
Eh...mestilah...kita pun nak juga tarikh 31.12.14 tu
 
Skjap je kan...pejam celik, pejam celik insyallah esok kalau celik dah 2015, kalau x celik tu setakat ni le je N3 akak dek non. Mohon dipanjangkan umur utk melangkah ke thn seterusnya amin....
 
Banyak berita ujian yg melanda...bukan 1 malaysia, tp akak sendiri juga mengalaminya...isshhhhh tak mau dikenang, pejam mata buang jauh2. Segalanya urusan Allah taala... kita manusia hanya mampu merancang segalanya berjalan lancar. Ya allah ku pohon kepadamu semoga tahun 2015 adalah tahun sinar kebahagian untuk kami semua. Amin Ya Rabal
 
Bagi semua mangsa2 banjir yg terlibat dibeberapa Negeri di Malaysia ini didoakan semoga segalanya dipermudahkan untuk hari2 seterusnya.
 
Oh ye...bagi di Negeri Perak akak pun ada juga turut sama membantu adik lelaki akak serta sahabat2nya mengumpul sumbangan /  barang keperluan untuk diagihkan kpd mangsa2 banjir yg terlibat di Daerah Perak Tengah - Daerah Kuala Kangsar. Alhamdulillah...masih ada lg penduduk2 ipoh ni prihatin, sepanjang 2 mlm kami di GERBANG MALAM IPOH sambutan dr penyumbang2 amat menggalakan, TERIMA KASIH semua... hanya tuhan sahaja yg dpt mebalas budi kalian semua.
 
Untuk malam terakhir sblm kami serahkan pada esok hari, mlm ini kami akan berada di :-
 
TARIKH : 31.12.2014
 
LOKASI : TESCO STATION 18 ( Berdekatan Bendera )
 
MASA : 8.00 MLM
 


 
Ketahuilah sahabat2 semua
 
Dalam Harta Kita, Ada Hak Mereka
 
Tangan Yang Memberi Lebih Baik Yang Menerima
 
Hari Ini Hari Mereka Esok Lusa Belum Tentu Lagi
 
Jadi...
 
Dengan rendah hati saya memohon... usah mengira warna kulit, pangkat & darjat, politik/agama kita sebagai manusia selayaknya bantu membantu.
 
TERIMA KASIH SEMUA!!!




 

18 December 2014

14.12.14 = 12

Assalammualaikum
 
uhuk...uhuk...
 
dasar...
 
bz beno weiiiiiiiiiiiiiii... btl!!!
 
Kalau nak up pun banyak yg throwback, tengok le nanti kalau ada sejuta kerajinan hahahaha
 
Alhamdulillah...
 
Ahad lps genap 12 thn usia perkahwinan kami...semoga ianya kekal hingga ke jannah
 
amin...

tentang dibawah ni tambah lg sejuta kerajinan

sah!!!

memang dasar PEMALAS

Bye

 
 
 


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...