Kawan-Kawan Kita.....

InGinKaN SeSuAtU Yg IsTiMeWa...Klik Disini

22 March 2011

Persediaan Untuk Bersalin

info yg berguna utk diri mama dan org2 yg seangkatan dgn mama...jom kita share sama2...sewaktu kandungan 6 bln, bukan saja mama, para ibu2 yg lain juga sudah perlu membuat persediaan samada dari segi mental, emosi dan fizikal.Kelengkapan2 juga perlu disediakan sedikit demi sedikit sebelum kandungan mencecah 7 bulan...*sebenarnya mama pun tak prepare habis lg...hehehe...Mana le tahu kita bersalin masa 7 bulan kan??? jgn ingat tak de kes mcm nie berlaku ye...tp tak banyak le...Lagi pula, kita sudah tak larat nak shopping banyak2 bila kandungan sudah sarat. Bukan lah nak tunjuk kita excited tapi ia satu keperluan supaya tidak nanti kita menyusahkan suami yang akibatnya menyusahkan kita juga...bukan begitu?. jom kita tengok list mama kat bawah nie...org lain mama tak tahu le mcm mn...tp ini melalui pengalaman mama sewaktu melahirkan anak sulung 8 tahun lepas.
PERSEDIAAN UTK MAMA SEPANJANG BERPANTANG
  1. Kain batik untuk pakai seharian dirumah.
  2. Baju/Blaus yg memudahkan sewaktu menyusukan anak.
  3. Produk kesihatan. Banyak dah dipasaran sekarang. Tapi pilihan mama tetap NonaRoguY...bergantung kepada kemampuan masing2 le, yg penting pulusnya.
  4. Khidmat mengurut...ini perkara wajib...mesti dapatkan tukang urut yang betul...Kalau boleh maklumkan pada dia awal2.
  5. Tuala wanita...*kalau blh beli le stok banyak sikit...tak perlu nak menyusahkan sesiapa utk berulang alik ke kedai.
  6. Stokin
  7. Batu tungku.
  8. Ubat-ubatan dan krim badan.
  9. Katil Bayi.
  10. Diapers/Lampin.
  11. Tilam/Bantal & Selimut Baby.
  12. Alatan mandi baby.
  13. Pakaian baby...Beli awal2 dan pilih warna neutral ( lelaki blh pakai...perempuan pun blh pakai )
  14. Basin Mandi.

PERSEDIAAN MAMA SEMASA HARI BERSALIN ( DIHOSPITAL )

  1. Bag Pakaian.
  2. Dokumen2 penting ( letak dlm 1 bag kecil )
  3. Tuala mandi 1, tuala muka 1 & tuala rambut 1.
  4. Alatan mandi & cuci ( ubat & berus gigi, syampu, sikat rambut, sabun mandi, dll.
  5. Kain batik utk dipakai 3 helai.
  6. T-shirt 3 helai.
  7. Tudung kepala *mama lebih selesa pakai KEY je.
  8. Pengikat rambut.
  9. Tuala wanita 1 peket ( 20 keping ) bw lebih, lenih baik.
  10. Bakul.
  11. Termos.
  12. Bekas air 1. ( atau air mineral 2 botol ).
  13. Cawan.
  14. Tupperware.
  15. Roti putih, biskut tawar, susu tepung utk ibu yg menyusu.

PERSEDIAAN UNTUK BABY ( DIHOSPITAL )

  1. Bag baby.
  2. Selimut 2.
  3. Baju & seluar 5 helai.
  4. Diapers newborn / saiz s.
  5. Tuala utk mengelap badan baby *kalau blh jgn le terlalu besar sangat.
  6. Tuala basah (wet wipes).
  7. Botol susu kecil (mana tahu susu lambat keluar).
  8. Susu formula (tin/peket kecil).
  9. Minyak telon/Yuyi.

Persediaan awal sebegini amat penting bagi kita supaya tidak perlu bersusah payah dikemudian hari. Tindakan awal sebegini juga tidak akan menyusahkan suami kita. Apa lg jikalau suami kita tiba2 ada urusan penting dan tinggalah kita keseorangan dgn anak. *sebenarnya statement tu utk diri mama...al-maklumlah hubby mama ni bukanya keje duk goyang kaki 1 hari di pej...tugas beliau lebih kpd turun site bermula dr TANJUNG MALIM - PENGKALAN HULU jadi... apabila semua sudah ada, tiada apa yg perlu dirisaukan lg. BTL TAK???

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...